Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Keputusan meninggalkan dunia perbankan membuka pintu rezeki luas buat Annie Yusuf, 55, apabila kini menjadi antara ejen terbaik Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
Annie yang berasal dari Lahad Datu mula menyertai Andalusia pada tahun 2019 selepas dijemput oleh Pengarah syarikat itu, Ida Riswana Idris, untuk menjadi ejen tetap.
Beliau bukan dalam kumpulan pertama dilantik sebagai Pegawai Pemasaran, namun sejak menyertai Andalusia, Annie berjaya menempatkan diri dalam senarai antara 10 ejen terbaik tahun ini. “Tahun ini merupakan pencapaian tertinggi apabila saya berjaya mengumpul 351 jemaah bagi musim 1447 Hijrah,” katanya ketika ditemui pada Konvensyen Pegawai Pemasaran Andalusia 2.0 di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.
Menurut Annie, kepercayaan jemaah terhadap jenama Andalusia menjadikan tugas menjual pakej umrah lebih mudah.
“Ramai yang dah kenal saya. Walaupun promosi di media sosial saya tidak seaktif orang lain, nama saya sudah sinonim dengan Andalusia,” ujarnya.
Beliau yang kini menjadi ejen sepenuh masa mendedahkan pendapatan bulanannya mampu mencecah RM8,000, manakala purata paling rendah sekitar RM3,000 hingga RM4,000 sebulan.
Selain itu, beliau turut menikmati pelbagai kelebihan seperti peluang melancong percuma bersama jemaah ke luar negara termasuk China dan Indonesia.
“Tahun ini paling istimewa kerana pada 16 November nanti saya akan menunaikan umrah bersama seluruh keluarga termasuk anak, menantu dan cucu seramai 45 orang dengan diskaun khas daripada Andalusia,” katanya.
Bagi Annie, menjadi sebahagian keluarga Andalusia bukan sekadar peluang menjana pendapatan tetapi medan berkhidmat kepada jemaah.
“Andalusia bukan hanya bersama waktu kita senang, tapi juga waktu susah. Kalau ada masalah, mereka orang pertama datang membantu,” katanya.
Beliau turut berpesan kepada ejen baharu agar meluruskan niat sebelum menceburi bidang pemasaran umrah.
“Kita bukan semata-mata cari duit, tapi niat membantu orang menunaikan ibadah. Bila kita buat dengan ikhlas, rezeki akan datang tanpa disangka,” katanya.
The post Bekas pegawai bank antara ejen terbaik Andalusia appeared first on Kosmo Digital.