Auto Added by WPeMatico

OHIO – Pengarah Sukan Bayern Munich, Max Eberl memberi bayangan sebahagian besar pemain utama tidak akan diturunkan pada aksi pertama Kumpulan C Piala Dunia Kelab (CWC) 2025 menentang Auckland City di Stadium TQL tengah malam ini.
Ia berikutan pemain-pemain berkenaan baru sahaja pulang daripada tugas bersama pasukan kebangsaan masing-masing dan memerlukan mereka untuk mendapat rehat yang mencukupi.
Eberl berkata, meskipun sebahagian besar pemain utama tidak dapat diturunkan, namun beliau percaya jurulatih, Vincent Kompany tetap akan menyenaraikan kesebelasan utama terkuat untuk perlawanan pertama nanti.
“Saya fikir persiapan pasukan berjalan lancar tanpa masalah dan kami juga tidak ada sebarang kecederaan. Semua pemain berada dalam keadaan positif untuk memulakan kempen CWC 2025.
“Bagaimanapun, pemain-pemain yang beraksi bersama negara tidak akan bermain menentang Auckland tetapi saya yakin kami tetap turunkan pasukan terkuat. Mereka juga dapat menyesuaikan diri dengan iklim di sini,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menjelaskan, sasaran awal Bayern untuk melepasi aksi peringkat kumpulan memandangkan Kumpulan B yang turut dibarisi gergasi Portugal, Benfica dan jaguh Argentina, Boca Juniors.
“Kami harap dapat melepasi peringkat kumpulan terlebih dahulu kerana masih ada Benfica dan Boca Juniors. Kami pernah bertemu Benfica dalam Liga Juara-Juara Eropah dan ia bukan perlawanan yang mudah,” ujar Eberl. – AGENSI
The post Piala Dunia Kelab: Bayern rehatkan pemain utama appeared first on Kosmo Digital.