Auto Added by WPeMatico

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemukan meninggal dunia dalam kediamannya yang berkunci di aras tiga, apartment Gedung Height, Changkat Mayang Pasir, Bayan Lepas di sini, petang tadi.
Mayat lelaki berusia 53 tahun itu dikatakan dijumpai dalam keadaan terlentang di sebuah bilik perumahan lima tingkat tersebut.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata,pihaknya menerima panggilan bantuan pintu rumah terkunci pada pukul 4.36 petang tadi.
Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan bantuan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau.
“Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian dan mendapat makluman awal dari pengadu terdapat mangsa terperangkap di dalam rumah dan pintu rumah dalam keadaan berkunci.
“PKO bertindak melakukan kerja-kerja membuka pintu rumah tersebut bersama-sama pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.
“Pintu rumah tersebut telah berjaya dibuka dengan menggunakan peralatan khas dan terdapat seorang mangsa berada di dalam rumah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya di sini, malam tadi.
Jelas beliau lagi, pihak KKM mengesahkan mangsa tersebut telah meninggal dunia dan kes diserahkan pihak polis untuk tindakan selanjutnya sebelum operasi ditamatkan pada pukul 6.01 petang tadi. -KOSMO! ONLINE
The post Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam rumah berkunci appeared first on Kosmo Digital.