Auto Added by WPeMatico

![]()
BAGAN SERAI – Seorang lelaki berusia lingkungan 50 tahun telah ditemui meninggal dunia di sebatang anak sungai berhampiran kebun miliknya di Batu Kurau dekat sini petang tadi.
Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Shazlean Mohd. Hanafiah berkata, mangsa dipercayai telah terbabas sewaktu menaiki motosikal di kawasan lereng bukit lalu terjatuh ke dalam sungai.
“Pihak polis memaklumkan kepada pihak bomba untuk mendapatkan bantuan dan setibanya jentera di tempat kejadian, anggota terpaksa melalui jalan sempit dan menggunakan kenderaan utiliti untuk ke kawasan sungai sejauh 1 kilometer (km) dari jalan besar.
“Ketua operasi melaksanakan size-up seterusnya mengarahkan anggota membuat pemantauan terlebih dahulu sementara menunggu penyiasatan dari pihak polis selesai,” katanya di sini hari ini.
Shazlean berkata, setelah selesai siasatan polis dijalankan, anggota bomba telah membantu mengambil mayat mangsa dari dalam sungai dan mengangkatnya ke atas.
“Mayat mangsa kemudiannya diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki maut motosikal terbabas dalam sungai appeared first on Kosmo Digital.