Auto Added by WPeMatico

![]()
MELAKA – Pengalaman lebih sedekad menjadi imam solat tarawih di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam di sini meninggalkan kenangan bermakna buat seorang imam apabila menerima sekeping nota kecil daripada seorang ibu selepas selesai solat tarawih baru-baru ini.
Imam berkenaan, Mohd. Najib Khasim, 50, berkata, sepanjang kira-kira 13 tahun memimpin solat tarawih di masjid yang turut dikenali sebagai Masjid Airport itu, Ramadan yang dilalui kebiasaannya hampir sama seperti tahun-tahun sebelumnya.
Namun katanya, Ramadan kali ini sedikit berbeza apabila seorang wanita menyerahkan sekeping nota kecil berwarna kuning kepadanya selepas selesai solat tarawih.
Menurutnya, sebelum ini dia sering terfikir sama ada usaha kecil yang dilakukan seperti membaca al-Quran dan menyampaikan tazkirah ringkas benar-benar memberi kesan kepada jemaah atau sebaliknya.
“Kadang-kadang terlintas juga di hati, adakah apa yang kita lakukan ini menyentuh sesiapa,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.
Namun katanya, persoalan tersebut akhirnya terjawab apabila membaca kandungan nota yang diberikan wanita berkenaan.
Menurutnya, dalam nota itu wanita terbabit berkongsi perubahan sikap anaknya terhadap masjid yang sebelum ini hanya datang sekadar mengumpul duit raya kepada datang ke masjid dengan ikhlas .
Ujarnya, dia berharap dapat terus istiqamah menjalankan tanggungjawab sebagai imam serta mendoakan agar generasi muda membesar dengan kecintaan terhadap masjid dan kitab suci al-Quran. – KOSMO! ONLINE
The post Imam tarawih terharu terima ‘nota kuning’ appeared first on Kosmo Digital.
