Auto Added by WPeMatico

![]()
ALOR SETAR – Tindakan seorang lelaki menyimpan 15.5 kilogram (kg) ganja yang disyaki diseludup dari Thailand menggunakan laluan laut sementara diambil sindiket pengedaran dadah membawa padah apabila dia ditahan pada Rabu lalu.
Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah berkata, penahanan suspek berusia 59 tahun dan tidak bekerja itu dibuat sepasukan polis kira-kira pukul 11 malam.
“Kesemua ganja bernilai RM48,050 tersebut disembunyikan di dalam tong plastik dekat rumahnya. “Siasatan awal mendapati suspek mendakwa dadah tersebut diserahkan kepadanya oleh seorang lelaki dikenali untuk disimpan di rumahnya kira-kira lima hari sebelum serbuan dijalankan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah di sini hari ini.
Katanya, siasatan mendapati dadah berkenaan diseludup masuk menggunakan laluan laut dari Satun, Thailand menggunakan bot oleh lelaki Thailand dan mendarat di Kuala Jerlun.
“Barang kes tersebut disyaki telah tenggelam dan dimasuki air,” ujarnya.
Menurutnya, perancang utama sindiket iaitu seorang lelaki tempatan telah ditahan di Arau, Perlis pada hari sama dan merampas 3.3 kg ganja.
“Hasil siasatan percaya sindiket ini baru beroperasi selama sebulan mempunyai tiga ahli dengan kawasan operasi disyaki di Kuala Jerlun dan Perlis,” katanya.
Tambahnya, suspek yang negatif dadah kini dalam tahanan reman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE
The post Lelaki simpan ganja basah dalam tong plastik dicekup appeared first on Kosmo Digital.