Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – “Suami ni ibarat ‘barang rare’, memang tak bagus kalau selalu tunjuk-tunjuk kat orang. Takut nanti ada yang nak ‘curi mesin’.”
Itu antara kenyataan yang mencuit hati netizen mengenai trend segelintir isteri yang jarang memuat naik gambar suami di media sosial.
Menerusi hantaran di Facebook oleh Mohd. Ezairol Rezan Zainol, tindakan tersebut bukan semata-mata kerana ingin berahsia, sebaliknya demi menjaga keharmonian rumah tangga serta ‘aset’ (suami) masing-masing.
“Company’ (isteri) pun kena la jaga aset (suami) depa. Kalau tak jaga, takut nanti ada ‘company’ (perempuan) lain pula yang nak menyondol.
“Patutlah dalam setahun cuma sekali dua je depa (isteri) post gambar suami. Tak masa raya, masa anniversary. Nak bagi tahu mesin (suami) tu company depa yang punya,” tulis pemilik akaun di ruangan kapsyen.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi pengalaman serta pendapat masing-masing.
“Bukan tak nak post tuan. Nanti ada yang komen, ‘macam muka suami saya je’. Ha sudah,” kata Siti Norasiah.
“Kalau kongsi gambar, risau nanti buka lagi tiga ‘franchise’,” seloroh Nur Indah.
“Nanti ada pula yang komen, ‘pasal apa muka laki dia sama macam muka laki aku’. Tak pasal-pasal perang dunia ketiga,” kata Mohd Nazim Ismail. – KOSMO! ONLINE
The post Suami ‘barang rare’, tak boleh tunjuk selalu appeared first on Kosmo Digital.