Auto Added by WPeMatico

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri akan menyalurkan Bantuan Wang Ihsan (BWI) sehingga RM10,000 serta bakul makanan kepada mangsa banjir dan tanah runtuh sebagai langkah segera meringankan beban mangsa.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah dalam satu kenyataan berkata, bantuan diagihkan menerusi Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA).
Katanya, setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) layak menerima BWI sebanyak RM1,000.
Sementara itu, katanya waris mangsa yang terkorban akibat bencana, akan menerima RM10,000 sebagai Bantuan Wang Ihsan Kematian.
“Selain bantuan kewangan, kerajaan juga mengagihkan bakul makanan kepada semua penduduk yang terjejas agar keperluan asas mereka terus terjamin sepanjang tempoh pemindahan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
The post Bantuan hingga RM10,000 untuk mangsa bencana di Sabah appeared first on Kosmo Digital.