Auto Added by WPeMatico

![]()
MERSING – Seramai 356 mangsa banjir membabitkan 93 keluarga masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Endau, di sini setakat pukul 2 petang semalam.
Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Asman Shah Abd Rahman memaklumkan, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Pusat Air Tawar menempatkan 148 mangsa daripada 36 keluarga.
Manakala, PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chiao Ching pula menempatkan 139 mangsa daripada 44 keluarga dan SK Labong menempatkan 69 mangsa terdiri daripada 13 keluarga.
“Antara kawasan yang masih terjejas termasuk Kampung Baru Air Tawar, Kampung Hubong, Kampung Belujar Juling, Kampung Semaloi dan Kampung Orang Asli Labong.
“Mengikut Jabatan Pengairan dan Saliran empat sungai berada pada aras amaran iaitu Sungai Muar di Kampung Awat, Sungai Muar di Buloh Kasap dan Sungai Batu Pahat di Ladang Chaah dan Sungai Endau di Kampung Labong,”katanya dalam satu kenyataan di sini.
Asman Shah berkata, tujuh lembangan di Tangkak, Segamat, Muar dan Kluang mencecah tahap waspada.
Katanya, setakat hari ini semua laluan di Kota Tinggi tidak dinaiki air dan boleh dilalui semua jenis kenderaan. – KOSMO! ONLINE
The post 356 mangsa banjir di Mersing masih berlindung di tiga PPS appeared first on Kosmo Digital.