Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan tiga lelaki yang disyaki menyerang dan memukul wartawan sukan Haresh Deol sehingga cedera dalam kejadian berhampiran Bangsar Village, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 4 petang.
Menurutnya, ketika kejadian, mangsa sedang sedang berjalan di kaki lima menghala ke Jalan Telawi.
“Kes terbabit melibatkan tiga suspek mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki yang merupakan wartawan sukan.
“Akibat kejadian, mangsa mengalami kecederaan (luka) pada bahagian muka, tangan dan badan kerana terjatuh semasa cuba menyelamatkan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kesemua suspek masih belum dikenal pasti, namun tindakan mengesan individu terlibat sedang dijalankan.
Katanya, pegawai penyiasat akan memohon Perintah OTI daripada pihak Timbalan Pendakwa Raya esok bagi mendapatkan kebenaran untuk menjalankan siasatan lanjut.
Tambahnya, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian yang berlaku boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Mohd. Adnan Alias di talian 0192162272. – KOSMO! ONLINE
The post Tiga lelaki serang wartawan sukan Haresh Deol diburu appeared first on Kosmo Digital.