Auto Added by WPeMatico

![]()
SABAK BERNAM – Penduduk di sekitar Parit 5 Sekinchan di sini berisiko menjadi mangsa banjir apabila ban di lokaliti tersebut pecah, pagi ini.
Insiden itu tular menerusi video berdurasi 36 saat memaparkan air laut meluncur laju memasuki kawasan daratan.
“Macam itu je dia (air laut) masuk, macam tiada apa,” kata perakam video.
Sementara itu, Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani mengesahkan kejadian itu. – KOSMO! ONLINE
The post Banjir: Ban Parit 5 Sekinchan Pecah appeared first on Kosmo Digital.