Auto Added by WPeMatico

![]()
BANGKOK – Setiausaha Agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh Chee Keong meminta semua pihak tidak menjatuhkan ‘hukuman mati’ kepada skuad badminton negara susulan kegagalan menepati sasaran pingat pada Sukan SEA Thailand 2025.
Tegas Kenny, penilaian prestasi pemain harus dibuat secara berhemah berdasarkan penanda aras (milestone) jangka panjang yang telah ditetapkan dan bukannya dinilai terhadap satu kejohanan semata-mata.
Ujarnya, biarpun sasaran di Bangkok mungkin tersasar hanya satu emas dicapai menerusi beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah, namun perancangan skuad negara merangkumi visi lebih besar termasuk kelayakan ke Jelajah Dunia Akhir BWF (World Tour Finals) dan persediaan ke arah kejohanan utama besar tahun depan.
“Kita jangan terlalu cepat menjatuhkan ‘hukuman mati’ pada pasukan badminton. Sukan ini ada perancangan jangka pendek dan panjang.Apa yang paling penting adalah milestone.
“Selagi mereka berada di atas landasan dan mencapai penanda aras yang kita tetapkan, bermakna kita berada di trek yang betul. Kita tidak boleh terlalu risau hanya disebabkan satu temasya tidak berjaya kita terus menghukum mereka,” katanya.
Kenny turut mengulas mengenai situasi Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky yang menyuarakan kekecewaan dan bersedia untuk melepaskan jawatan jika ada desakan atas kegagalan tersebut.
“Menerusi kenyataan Rexy, saya fikir mungkin kerana melibat kekecewaan. Jika badminton dalam landasan terbaik, mungkin tak ada kenyataan seperti itulah.
“Presiden BAM sudah menyatakan bahawa ini adalah tanggungjawab bersama. Mungkin Rexy terlalu kecewa dengan keputusan di Sukan SEA ini
“Apapun, kami memang akan akan adakan mesyuarat ‘post-mortem’ secara dalam dan semoga masalah ini dapat diselesaikan,” tambahnya.
The post ‘Jangan jatuhkan hukuman mati’ appeared first on Kosmo Digital.