Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah, sudah discaj dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM), semalam.
Abdul Rani dimasukkan ke HUKM pada 4 Februari lalu dan ditidurkan selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.
Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di media sosial Ayahanda Abdul Rani Kulup, sebentar tadi.
“Ayah discaj semalam. Maaf, admin lambat update (kemas kini) sebab sibuk cari kilang yang nak beli kabel TM,” kata kenyataan itu.
Terdahulu Kosmo! melaporkan, Abdul Rani ditidurkan di HUKM selepas disahkan mengalami jangkitan bakteria pada paru-paru.
Menurut sahabatnya, Mejar (B) Razali Zakaria, Abdul Rani dimasukkan ke hospital berkenaan pada petang 4 Februari lalu, sebelum pihak perubatan mengambil keputusan untuk menidurkannya bagi tujuan rawatan rapi. – KOSMO! ONLINE
The post Rani Kulup sudah discaj dari HUKM appeared first on Kosmo Digital.
