Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Thailand kini menjalani tempoh berkabung selama setahun bagi menghormati kemangkatan Ratu Sirikit yang mangkat pada Jumaat lalu, menggalakkan pengunjung memakai pakaian berwarna hitam, putih atau warna gelap lain sebagai tanda hormat.
Menerusi perkongsian di media sosial, tular rakaman menunjukkan rakyat Thailand berpakaian serba hitam di tempat awam susulan pengumuman tempoh berkabung diraja.
Beberapa perniagaan turut dilihat meletakkan barangan berwarna hitam di bahagian hadapan kedai sebagai simbol penghormatan.
Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai, lebih-lebih lagi mereka yang ingin melancong ke negara tersebut.
“Saya dulu pergi Thailand masa berkabung Raja Bhumibol Aduluadej mangkat. Penuh pejabat kerajaan dengan hiasan kain hitam dan putih,” komen Eman.
“Saya dekat Bangkok sekarang, semua kedai tak kira jual apa akan letak barang warna hitam dekat depan sekali,” kata Aini Norazman.
“Orang Thailand memang hormat institusi diraja. Jangan sembarangan kalau hal Raja mereka,” komen Abdullah Shaffie.
Difahamkan, kerajaan Thailand sebelum ini mengumumkan tempoh berkabung rasmi dan menasihatkan rakyat berpakaian sopan serta mengurangkan sebarang aktiviti hiburan sepanjang tempoh tersebut.
Walaupun tiada tindakan undang-undang dikenakan terhadap mereka yang tidak berpakaian gelap, masyarakat Thailand tetap dilihat menghormati adat tersebut memandangkan kedudukan institusi diraja mempunyai kedudukan yang amat tinggi di hati rakyat negara itu. – KOSMO! ONLINE
@singhsocialThailand is in Mouring ♬ Sad Music – Max-Music
The post [VIDEO] Rakyat Thai berkabung, pakai baju hitam putih setahun appeared first on Kosmo Digital.

