Auto Added by WPeMatico

![]()
ACCRA – Seorang nabi palsu di Ghana membina beberapa bahtera selepas kononnya diberitahu oleh Tuhan bahawa banjir besar akan melanda dunia pada 25 Hari Krismas, lapor akhbar The Sun UK
Ebo Jesus, 30, mendakwa bahawa dia mendapat berita hujan lebat akan turun selama tiga tahun bermula 25 Disember ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @ebonoah menunjukkan timbunan kayu balak dan sebuah bot kecil yang kononnya akan menyelamatkan Ebo apabila air mula naik.
Klip video lain memaparkan Ebo dan pekerjanya sedang menyiapkan beberapa bot yang kelihatan kecil dan tidak mampu bertahan daripada banjir besar yang diramalkan.
Saiz bot-bot tersebut jauh lebih kecil berbanding bahtera Nabi Nuh.
Rakaman itu mencatatkan lebih 12 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi pengguna media sosial..
“Saya terfikir apa yang dia akan bagitahu jika tiada apa-apa berlaku pada 25 Disember ini?” kata seorang netizen.
“Tolong pasang Wi-Fi,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI
The post Nabi palsu bina bahtera, dakwa dunia tenggelam 25 Disember appeared first on Kosmo Digital.