Auto Added by WPeMatico

PENGENDALI Terengganu FC (TFC), Badrul Afzan Razali lega skuad kendalian berjaya bangkit menewaskan Imigresen FC 3-0 pada aksi kedua pusingan awal Piala FA di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus kelmarin.
Beliau berkata, kemenangan itu penting bukan sahaja menebus kekalahan 1-2 kepada pasukan sama pada aksi pertama bulan lalu malah membolehkan skuad Sang Penyu mara ke suku akhir Piala FA dengan agregat 4-2.
“Saya gembira melihat pemain-pemain saya berjuang berhabis-habisan untuk menewaskan pasukan lawan sejak minit pertama.
“Mereka bersungguh-sungguh mencari gol. Alhamdulillah, kita layak ke suku akhir (Piala FA) dengan kemenangan 3-0 ini,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.
Dua jaringan Akhyar Rashid dan satu daripada Junior Ngong Sam meletakkan TFC selesa menewaskan Imigresen 3-0 sekaligus memberi kemenangan sulung tuan rumah di laman sendiri musim ini.
Kemenangan bergaya itu membolehkan skuad Sang Penyu mara dengan agregat 4-2 sekaligus bakal bertemu pemenanh antara Kuching FC atau Brunei DPMM di ke suku akhir.
Bagaimanapun, Badrul Afzan berkata, ketajaman barisan serangannya masih perlu diperbaiki lagi selepas menyaksikan pengempur import, Gabriel Silva Costa terlepas empat peluang keemasan untuk menambah jaringan sepanjang perlawanan.
The post Piala FA: Badrul puas TFC kembali bangkit appeared first on Kosmo Digital.