Auto Added by WPeMatico

CAPE TOWN – Sebuah universiti di Afrika Selatan mula menyuntik bahan radioaktif ke dalam tanduk badak sumbu dalam usaha memerangi penyeludupan tanduk haiwan berkenaan, lapor portal berita NDTV kelmarin.
Dinamakan Projek Rhisotope, kumpulan saintis di Universiti Witwatersrand berkata, proses itu tidak membahayakan badak sumbu.
Mereka mendapat kelulusan untuk projek itu kelmarin selepas enam tahun melakukan penyelidikan dan ujian intensif.
“Kami membuktikan tanpa keraguan saintifik bahawa proses ini benar-benar selamat untuk badak sumbu. Ia menjadikan sumbunya boleh dikesan melalui sistem keselamatan nuklear kastam antarabangsa,” kata Ketua Pegawai Saintifik Projek Rhisotope, Profesor James Larkin.
Bagi kajian perintis sebelum ini, 20 ekor badak sumbu telah disuntik dengan bahan radioaktif tahun lalu dan terbukti bahawa ia tidak memudaratkan haiwan itu.
Projek itu turut mendapat sokongan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) dengan lima badak sumbu pertama disuntik dengan isotop radioaktif dalam kumpulan awal. – AGENSI
The post Saintis hasilkan badak sumbu radioaktif appeared first on Kosmo Digital.