Auto Added by WPeMatico

BARCELONA – Pengendali Atletico Madrid, Diego Simeone menyalahkan dirinya sendiri selepas pasukannya dikejutkan dengan kekalahan 1-2 kepada Espanyol dalam aksi pembukaan La Liga di Stadium RCDE awal pagi semalam.
Simeone mengakui kecewa kerana anak-anak buahnya terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi gol menarik Julian Alvarez pada minit ke-37, namun gagal memanfaatkan kesempatan itu apabila pulang dengan tangan kosong.
“Saya anggap ini sebagai pengalaman baharu buat diri sendiri. Saya terima kekalahan ini dan banyak lagi perlu diperbaiki untuk mengharungi musim baharu kali ini.
“Kami ada peluang terutamanya melalui set-piece, namun kami tidak mengambilnya untuk cuba sekurang-kurangnya meraih satu mata dalam perlawanan ini.
“Semua ini adalah sebahagian daripada proses. Keputusan ini mengecewakan tetapi saya percaya kami akan bangkit, perbaiki kelemahan dan tunjukkan prestasi sebenar,” kata Simeone.
Atletico menguasai 61 peratus penguasaan gelanggang selain melakukan 15 percubaan keseluruhan berbanding Espanyol, namun tuan rumah berjaya meraih dua gol dalam tempoh 11 minit.
Dua gol Espanyol hadir melalui Miguel Rubio dan Pere Milla pada minit ke-73 serta 84 sekali gus mengejutkan Atletico yang dianggap antara calon juara La Liga musim ini selain Barcelona dan Real Madrid.
Satu lagi aksi La Liga berlangsung awal pagi semalam menyaksikan Athletic Bilbao menang 3-2 ke atas Sevilla hasil jaringan daripada Nico Williams, Maroan Sannadi dan Robert Navarro. – AGENSI
The post Calon juara La Liga tewas mengejut appeared first on Kosmo Digital.