Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Peranan yang dimainkan aktivis kemanusiaan, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bukan sekadar berada di atas kapal misi flotila semata-mata, sebaliknya turut digerakkan dari belakang tabir menerusi strategi, dana dan perancangan rapi.
Menerusi satu hantaran di Instagram, dia menjelaskan sebab beliau tidak menaiki kapal fasa pertama dari Barcelona ke Tunisia dalam misi Sumud Nusantara ke Gaza.
Dia berkata, tugasnya adalah menyokong gerakan tersebut melalui dana, kelengkapan logistik dan penyediaan tenaga sukarelawan dari seluruh dunia.
Katanya, peranannya juga termasuk menyusun strategi bersama pasukan di belakang agar misi tersebut dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan berkesan.
“Tugas saya mendanai dan membeli ‘kuda-kuda’ yang akan dipacu. Kemudian menyediakan 1,001 pejuang dari seluruh dunia yang bersedia berkorban dan terkorban demi Palestin.
“Supaya tak kalah, membujur lalu melintang patah. Semoga barakah!” Ujarnya.
Misi Sumud Nusantara merupakan sebahagian daripada konvoi kemanusiaan global yang membawa mesej solidariti ke Gaza, melibatkan aktivis lebih dari 44 negara. – KOSMO! ONLINE.
The post Misi flotila membujur lalu melintang patah – Nadir Al-Nuri appeared first on Kosmo Digital.