Auto Added by WPeMatico

![]()
MESKIPUN terlepas menaiki podium pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia bawah 18 tahun (B18) 2025 di Bahrain baru-baru ini langsung tidak meruntuhkan semangat bintang muda dalam pembikinan skuad olahraga negara, Muhammad Syukri Nazim Mydin.
Syukri yang baru berusia 16 tahun patut berbangga dan layak mendabik dada kerana masih berupaya memberikan tentangan sengit untuk mengakhiri final 800 meter (m) di tempat keempat pada aksi di Stadium Nasional Bahrain.
Jurulatihnya, Mohammed Najib Abdul Rahim berbangga dengan pencapaian Syukri kerana anak didiknya itu turut berjaya merakam catatan peribadi baharu dengan masa satu minit 58.16 saat (s) di peringkat saringan.
“Alhamdulillah, tahniah kepada Syukri berjaya mendapat catatan peribadi serta tempat keempat. ‘Pengalaman adalah sekolah terbaik’ dan ia sangat berharga buat dirinya.
“Sebagai jurulatih, saya sangat berpuas hati. Ini adalah kali ketiga dan keempat dia berjaya berlari bawah tempoh dua minit. Saya percaya masih banyak perlu ditingkatkan pada tahap ini.
“Saya berharap ini akan menjadikannya lebih kuat. Dia perlu lebih dahagakan kejayaan untuk memberikan persembahan terbaik, insya-Allah dia akan ‘meletup’ di ASG (Sukan Sekolah ASEAN),” katanya.
Di final, Syukri mencatat 1:59.47s di tempat keempat, di belakang dua atlet Arab Saudi yang meraih pingat emas dan perak, Bashar Sharahili (1:57.04s) serta Khalaf Albishi (1:57.73s).
Pemenang gangsa acara 800m itu pula dimenangi pelari dari Oman, Al Yazan Al Shamsi selepas mencatat masa 1:58.79s.
Kini, Syukri yang juga pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Kemuning itu berpeluang menebus kekecewaannya dengan mendominasi ASG 2025 berlangsung di Brunei dari 20 hingga 28 November ini. – KOSMO! ONLINE
The post Syukri diramal mampu ‘meletup’ di ASG appeared first on Kosmo Digital.