Auto Added by WPeMatico

![]()
PETALING JAYA – “Agak merisaukan kami, respons tak seperti biasa, doakan Syamimi,” kata Asdina Arffin Suwadi, 34, berhubung keadaan isterinya, Noor Syamimi Rohim, 35, yang kini dirawat di Hospital Rembau, Negeri Sembilan.
Menerusi beberapa video dikongsikan pada TikTok sejak kelmarin, Asdina memaklumkan, isterinya dimasukkan ke Hospital Kuala Pilah terlebih dahulu dan ketika itu, keadaannya agak tenat.
“Kemungkinan doktor nak tidurkan Syamimi. Saya minta semua rakyat Malaysia doakan Syamimi, doakan tak ada apa berlaku kepadanya. Tolong panjangkan doa, semoga ramai doakan kesihatan Syamimi,” katanya pada video pertama yang dimuat naik malam kelmarin.
Asdina memuat naik video kedua pagi semalam memaklumkan isterinya dipindahkan ke Hospital Rembau bagi menjalankan imbasan otak memandangkan doktor mengesyaki terdapat jangkitan kuman pada otaknya.
Kemudian Asdina memuat naik satu video lagi pada malam tadi menceritakan keadaan terkini isterinya yang telah dimasukkan ke wad.
“Saya ucap terima kasih doakan Syamimi, tolong share (kongsi video) supaya rakyat Malaysia mendoakannya. Terkini pukul 8.51 malam, Syamimi dah dihantar ke wad, keadaan Syamimi sangat merisaukan.
“Kita nampak simptom Syamini di waktu ketika dia sakit, waktu mula-mula dulu, agak risaukan kami. Respons tak seperti biasa, kalau sebelum ini elok respons, tak tak pada sekarang ini. Doakan Syamimi , semoga Allah hantar keajaiban.
“Dia sekarang demam panas melebihi suhu 38. Minta panjang video ini, semoga ramai rakyat Malaysia bantu doakan,” katanya.
Terdahulu, Asdina tular di media sosial selepas ketabahannya menjaga Noor Syamimi yang terlantar sakit serta hilang penglihatan, malah kisah mereka turut dilaporkan menerusi akhbar Kosmo! pada Khamis lalu.
Pada laporan berkenaan, Asdina memaklumkan isterinya mengalami short term memory (memori jangka pendek) selepas otaknya dijangkiti kuman pada 2022 dan hanya mengingati kejadian sebelum tahun 2018.
Walaupun kesihatan Noor Syamimi semakin baik, Asdina terpaksa mengingatkan wanita itu setiap hari bahawa mereka sudah berkahwin.- KOSMO! ONLINE
@asdinaarffin UPDATE TERKINI 8.51pm 15/3/2026 #bidadarisyurga #bidadarisyurgasyamimi #misi200k #xybca ♬ A Touching Story – Kim Sung Hwan
The post [VIDEO] ‘Keadaan Syamimi sangat merisaukan, tolong doakan isteri saya’ appeared first on Kosmo Digital.
