Auto Added by WPeMatico

LONDON – Kelab gergasi Liga Arab Saudi, Al Hilal enggan menunggu terlalu lama apabila mengemukakan tawaran terakhir untuk kapten Manchester United, Bruno Fernandes.
Juara liga negara tersebut memberikan tempoh selama 72 jam untuk Fernandes membuat keputusan sama ada menerima tawaran menyertai kelab itu atau mereka akan mencari alternatif lain.
Kelab yang berpangkalan di Riyadh itu dilapor sudah menyiapkan tawaran kontrak dengan nilai £200 juta (RM1.14 bilion) untuk tempoh tiga tahun buat pemain itu termasuk bonus tambahan.
Jumlah tersebut menyaksikan Fernandes bakal menerima gaji mingguan tanpa cukai sebanyak £700,000 (RM4 juta) berbanding £280,000 (RM1.6 juta) yang diterimanya ketika ini di Old Trafford.
Wakil Fernandes sebelum ini dilapor sudah beberapa kali mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan Al Hilal dan gergasi Arab Saudi itu mahu keputusan segera dilakukan.
Al Hilal terdesak untuk mendapatkan khidmat beberapa lagi pemain bintang untuk memastikan mereka mampu memberikan saingan yang lebih baik menjelang kejohanan Piala Dunia Kelab di Amerika Syarikat bermula bulan depan.
Sekiranya Fernandes bersetuju untuk menyertai mereka, pemain itu bakal menerima pendapatan tahunan sekitar £65 juta (RM371.98 juta), manakala United akan diberikan tawaran sebanyak £100 juta (RM572.28 juta) untuk melepaskan khidmat pemain itu. – AGENSI
The post Tawaran terakhir buat Fernandes appeared first on Kosmo Digital.