Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Detik cemas dialami seorang wanita apabila tersesat di hutan Bukit Dinding, selepas mendakwa dirinya dikejar seekor haiwan seakan harimau, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1.03 petang itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan daripada mangsa yang mendakwa tidak menemui jalan keluar serta ketakutan kerana dikejar haiwan liar.
Jurucakap APM berkata, dua pasukan melibatkan sembilan pegawai dan anggota dari Pusat Kawalan Operasi Daerah Kuala Lumpur bergegas ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat.
“Mangsa akhirnya ditemui kira-kira pukul 1.36 petang dalam keadaan short of breath (SOB) akibat panik dan ketakutan.
“Berdasarkan penerangan, haiwan yang disangka harimau itu dipercayai sebenarnya seekor babi hutan,” katanya dalam kenyataan.
Susulan itu, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut. – KOSMO! ONLINE
The post Disangka dikejar harimau rupanya babi hutan appeared first on Kosmo Digital.