Auto Added by WPeMatico

RIYADH – Dalam langkah penting untuk memperkukuhkan kedudukan Arab Saudi sebagai hab pelaburan, syarikat hartanah Dar Global melancarkan pembinaan Trump Plaza Jeddah, lapor portal berita Gulf News semalam.
Projek mewah menelan kos AS$1 bilion (RM4.2 bilion) itu akan dibina di tengah kawasan bandar baharu seluas 1 juta meter persegi oleh pemaju hartanah Arab Saudi, Dar Al Arkan.
Bandar baharu digelar ‘Manhattan’ itu bakal mengubah wajah pusat bandar Jeddah.
Pelancaran Trump Plaza Jeddah menandakan kerjasama kedua Dar Global dengan The Trump Organization yang dimiliki Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum beliau memegang jawatan tersebut.
Sebelum ini, kedua-dua pihak melancarkan Menara Trump Jeddah tahun lalu.
Projek terbaru itu terletak secara strategik di Jalan Raja Abdulaziz iaitu laluan utama Jeddah, berhampiran Red Sea Mall dan Corniche.
Melibatkan tapak seluas 28,000 meter persegi, Trump Plaza Jeddah akan menampilkan kediaman premium, apartmen servis, pejabat Gred A, rumah bandar eksklusif dan kawasan hijau berkonsepkan Central Park.
Direka untuk membawa suasana meriah ala Manhattan ke Jeddah, projek itu turut merangkumi ruang runcit dan tempat makan terpilih bagi meningkatkan gaya hidup penghuninya. – AGENSI
The post Bangunan Trump Plaza akan dibina di Jeddah appeared first on Kosmo Digital.