Auto Added by WPeMatico

![]()
SUZUKA – Pelumba Formula Satu (F1), Charles Leclerc mendedahkan kelemahan utama jentera Ferrari musim ini adalah berpunca daripada unit kuasa yang masih belum mencapai tahap optimum.
Menurutnya, isu tersebut jelas dapat dilihat sepanjang tiga perlumbaan awal musim apabila Ferrari gagal menyaingi dominasi Mercedes.
“Jika lihat semula tiga perlumbaan pertama, ada satu perkara yang jelas kami perlu perbaiki iaitu unit kuasa,” katanya.
Ferrari yang menyasarkan untuk kembali mencabar kemenangan perlumbaan musim ini, masih ketinggalan dari segi kepantasan, meskipun berjaya meraih podium dalam setiap perlumbaan setakat ini.
Leclerc menjelaskan, kekurangan tersebut menjadi penghalang utama untuk memberi saingan sengit kepada Mercedes yang kini mendahului dengan kelebihan besar.
“Buat masa ini, kami tidak boleh membawa sebarang penambahbaikan untuk perlumbaan di Miami,” jelasnya.
Dalam masa sama, dia percaya perubahan peraturan teknikal baharu musim ini membuka ruang kepada peningkatan prestasi yang lebih drastik buat semua pasukan.
Tambah Leclerc, Ferrari akan terus bekerja keras dalam pelbagai aspek termasuk aerodinamik, casis dan pengurusan tayar bagi menutup jurang dengan Mercedes serta memastikan mereka kekal di hadapan pencabar lain seperti McLaren. – AGENSI
The post F1: Leclerc dedah kelemahan Ferrari appeared first on Kosmo Digital.
