Auto Added by WPeMatico

LONDON – Penjaga gol Manchester United, Andre Onana dijangka kembali memperkuatkan pasukan untuk aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Fulham di Craven Cottage malam ini.
Onana dikatakan sudah pulih daripada kecederaan dialaminya ketika pramusim dan kini segalanya bergantung kepada keputusan pengurus pasukan, Ruben Amorim untuk membuat pilihan terbaik.
Bagaimanapun, Amorim mengakui beliau berdepan kesukaran memandangkan pemain penting pasukan, Lisandro Martinez dan Noussair Mazraoui masih lagi mengalami kecederaan dan belum bersedia untuk berdepan Fulham.
“Seperti minggu lepas, Onana sudah bersedia untuk bermain. Jadi sekarang kita akan lihat semasa perlawanan, penjaga gol mana yang akan diturunkan nanti.
“Licha (Martinez) dan Nous (Mazraoui) sudah pun tersisih, namun pemain lain semuanya berada dalam keadaan cergas dan bersedia untuk bermain pada perlawanan kali ini,” katanya.
Ketika aksi pembukaan EPL menentang Arsenal minggu lalu, Amorim terpaksa menurunkan Altay Bayindir dan aksi penjaga gol kedua itu menimbulkan keraguan dalam kalangan peminat.
Matheus Cunha, Bryan Mbeumo dan Benjamin Sesko akan menjadi taruhan penting dan bakal memainkan peranan buat pasukan bagi merealisasikan tiga mata sulung dalam saingan 2025/26. – AGENSI
The post Onana kembali gerunkan pasukan lawan appeared first on Kosmo Digital.