Auto Added by WPeMatico

![]()
LOS ANGELES, CALIFORNIA – Anak lelaki kepada pengarah Hollywood terkenal, Rob Reiner akan didakwa atas dua pertuduhan membunuh susulan kes pembunuhan kejam kedua-dua ibu bapanya, kata ketua pendakwa raya Los Angeles semalam.
Peguam Daerah, Nathan Hochman berkata, Nick Reiner, 32, yang mempunyai sejarah penyalahgunaan bahan terlarang sejak usia remaja, berdepan kemungkinan hukuman mati jika disabitkan kesalahan susulan pembunuhan yang mengejutkan Hollywood itu.
“Pertuduhan ini melibatkan dua kes pembunuhan dengan keadaan khas iaitu pembunuhan berganda.
“Suspek juga berdepan dakwaan khas bahawa secara peribadi menggunakan senjata berbahaya dan membawa maut, iaitu sebilah pisau.
“Pertuduhan ini membawa hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa kemungkinan parol atau hukuman mati,” katanya.
Reiner akan didakwa di sebuah mahkamah Los Angeles sebaik sahaja dia didapati ‘sihat’ untuk hadir.
Peguamnya, Alan Jackson, memberitahu wartawan bahawa setakat ini, dia belum ‘dibenarkan secara perubatan’ untuk hadir ke mahkamah.
Nick ditangkap Ahad lalu selepas mayat bapanya yang berusia 78 tahun dan ibunya, Michele Singer Reiner, 70, ditemukan di rumah mereka di kawasan mewah Brentwood, Los Angeles.
Rob yang mengarahkan filem-filem terkenal termasuk ‘When Harry Met Sally…’ dan ‘A Few Good Men’ dilaporkan mati akibat ditikam di samping isterinya.
Menurut laporan media AS, Nick bertengkar dengan ibu bapanya di sebuah majlis glamor Hollywood pada malam Sabtu lalu.
Portal hiburan TMZ melaporkan, mayat pasangan itu ditemukan pada petang Ahad lalu oleh anak perempuan mereka yang memberitahu polis bahawa seorang lagi ahli keluarga telah membunuh kedua-duanya. – AFP
The post Anak Rob Reiner didakwa ‘tamatkan riwayat’ ibu bapa appeared first on Kosmo Digital.