Auto Added by WPeMatico

KOTA BHARU – Dua beradik yang merupakan anak lelaki seorang doktor klinik swasta didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat 35.58 kilogram (kg) di sebuah rumah di Kampung But, Ketereh kira-kira dua minggu lalu.
Tiada pengakuan direkodkan oleh kedua-dua tertuduh, Mohammed Hibatul-Alimi Mohd. Hanafi, 34, dan adiknya, Ahmad Ammar Rusydi, 23, selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan secara berasinyan di hadapan Majistret Rais Imran Hamid dan Wan Mohd. Izzat Wan Abdullah.
Mengikut pertuduhan yang dihadapi Ahmad Ammar Rusydi, lelaki itu didakwa mengedar dadah berbahaya jenis kanabis seberat 14.78 kg manakala Mohammed Hibatul-Alimi dituduh mengedar dadah sama seberat 20.8 kg.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung But, Ketereh pukul 4.30 petang pada 5 Ogos lalu.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukan hukuman mati dan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, hendaklah dipenjara seumur hidup dan tidak kurang daripada 12 sebatan jika disabitkan kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Syamsul Ikhmal Ramli dan Nur Haziqah Hassan manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hasif Hasan.
Mahkamah menetapkan 16 Oktober dan 27 Oktober untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, bagi pertuduhan berasingan di Mahkamah Sesyen, Ahmad Ammar Rusydi turut didakwa atas pertuduhan memiliki sepucuk pistol dan 16 peluru di lokasi yang sama. -KOSMO! ONLINE.
The post Dua anak doktor didakwa edar 35.58 kg ganja appeared first on Kosmo Digital.