Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA KUBU BARU – Empat buah rumah teres satu tingkat musnah dalam kebakaran di Taman Ampang Pecah di sini malam tadi, namun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 9.39 malam.
Menurutnya, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Baru tiba di lokasi pada jam 9.57 malam selepas menempuh jarak kira-kira 13 kilometer.
“Kebakaran melibatkan empat buah rumah teres satu tingkat berkeluasan kira-kira 20 x 40 kaki persegi setiap unit.
“Anggaran kemusnahan melibatkan tiga buah rumah terbakar 95 peratus manakala sebuah lagi rumah terbakar kira-kira 30 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.25 malam dan oerasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.28 pagi tadi,” katanya.
Tambahnya, operasi melibatkan seramai 33 anggota dari BBP Kuala Kubu Baru, BBP Rawang, BBP Bukit Sentosa, BBP Tanjung Malim serta Pasukan Bomba Sukarela Batang Kali. – KOSMO! ONLINE
The post Empat rumah teres terbakar di Taman Ampang Pecah appeared first on Kosmo Digital.