Auto Added by WPeMatico

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Hadiah Pengiktirafan Akademik (HPA) berbentuk insentif kewangan kepada penjawat awam yang memulakan dan menamatkan pengajian dengan kelayakan akademik lebih tinggi diiktiraf semasa dalam perkhidmatan serta menggunakan perbelanjaan sendiri.
Beliau berkata, insentif kewangan yang diumumkan itu adalah kepada pegawai awam bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana.
“Yang ambil inisiatif belajar sendiri, bayangkan belajar sendiri. Elaun untuk isteri dikurangkan kerana nak bayar yuran pengajian, jadi kita bagi lah sedikit tanda penghargaan walaupun bajet itu melibatkan RM75.7 juta.
“Ia akan beri manfaat kepada 91,672 pegawai awam. Sekali dalam sepanjang perkhidmatan, tunjuk kita galakkan pegawai awam tingkatkan keupayaan mereka atas ikhtiar dan inisiatif sendiri.
“Bagi sarjana kedoktoran falsafah (PhD) sebanyak RM1,250, sarjana RM1,000, sarjana muda RM750, manakala diploma atau setaraf RM500,” katanya.
Anwar berkata demikian pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam kali ke-20 (MAPPA XX) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. – KOSMO! ONLINE
The post Penjawat awam sambung belajar dapat duit – PM appeared first on Kosmo Digital.