Auto Added by WPeMatico

MONZA – Karier Yuki Tsunoda dalam Formula Satu (F1) kini berada di persimpangan selepas Red Bull dilaporkan bakal menggantikannya dengan pelumba muda, Isack Hadjar musim depan.
Situasi itu sekali gus membuka ruang buat Alpine untuk membawa masuk pemandu Jepun berusia 24 tahun itu.
Alpine setakat ini hanya mengesahkan Pierre Gasly kekal hingga 2027, namun kerusi kedua masih menjadi tanda tanya menjelang musim 2026 dan nama Tsunoda kini semakin hangat disebut sebagai pilihan utama.
Berbanding dua kekosongan di Mercedes, peluang ke Alpine dilihat lebih realistik buat Tsunoda memandangkan Racing Bulls tidak berminat menyambung khidmatnya selepas empat musim penuh dengan prestasi turun naik.
“Jika Alpine mahukan pelumba berpengalaman, Tsunoda adalah pilihan paling jelas,” menurut salah satu laporan.
Meskipun gagal menyerlah di Grand Prix (GP) Itali minggu lalu, ketua pasukan Red Bull, Laurent Mekies tetap mempertahankan prestasi pelumbanya itu.
“Prestasi Yuki sukar dinilai kerana masalah trafik dan kerosakan. Tapi, lihat sahaja pada sesi kelayakan, dia hanya dua persepuluh saat daripada Max (Verstappen) di Q1 dan berjaya lolos ke Q3. Itu prestasi yang baik,” jelas Mekies.
Tambahnya, keupayaan Tsunoda mengekalkan kepantasan jangka pendek adalah bukti jelas dia masih berpotensi, biarpun gagal mempamerkan aksi konsisten ketika perlumbaan penuh.
Sekiranya Alpine memilih Tsunoda, ia bakal mengubah lanskap karier pelumba muda itu, sekali gus mengekalkan kelibat pemandu Jepun dalam saingan F1 selepas tahun penuh ketidakpastian. – AGENSI
The post F1: Tsunoda calon panas ke Alpine appeared first on Kosmo Digital.