Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Aliran trafik di Plaza Tol Gombak menghala ke Pantai Timur dilaporkan sesak apabila orang ramai mengambil peluang pulang ke kampung dan bercuti menjelang Hari Raya Aidiladha.
Tinjauan Kosmo! melalui televisyen litar tertutup (CCTV) di laman web rasmi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) pada pukul 4.30 petang tadi mendapati trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK) bergerak perlahan terutama di kawasan Genting Sempah berikutan pertambahan jumlah kenderaan.
Bagaimanapun, keadaan trafik masih lagi terkawal ketika ini.
Sementara itu, aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) dan LPT2 masih lancar dan tidak menunjukkan sebarang kesesakan.
Dalam pada itu, Lebuh Raya Utara-Selatan berlaku peningkatan jumlah kenderaan yang menyebabkan kesesakan sepanjang kira-kira 135 kilometer di kawasan Seberang Jaya. – KOSMO! ONLINE
The post Plaza Tol Gombak mula sesak, ramai balik kampung appeared first on Kosmo Digital.