Auto Added by WPeMatico

LONDON – Legenda Chelsea, Dennis Wise optimis Alejandro Garnacho bukan lagi ‘tin kosong’, sebaliknya bakal memacu kejayaan The Blues untuk menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama sejak 2016.
Garnacho, 21, berhijrah ke Chelsea sebelum jendela perpindahan ditutup bulan lalu selepas disisihkan daripada Manchester United kerana tidak ‘sebulu’ dengan pengurus, Ruben Amorim.
Menurut Wise, Garnacho merupakan seorang pemain yang cukup beremosi tetapi memiliki kualiti hebat jika memiliki mentaliti betul.
“Garnacho seorang pemain perlu merasakan khidmatnya ditagih oleh pasukan. Meskipun gagal bersama United, saya rasa dia akan jadi watak penting buat Chelsea dalam memburu gelaran musim ini,” katanya.
Sementara itu, Wise yang beraksi bersama The Blues pada era 90-an turut percaya bekas pasukannya memiliki momentum terbaik untuk merampas gelaran EPL selepas menjulang trofi Piala Kelab Dunia dan Liga Konferens Eropah musim lalu.
“Tiada pasukan yang memiliki keyakinan lebih tinggi berbanding Chelsea ketika ini. Selain daripada faktor trofi yang dimenangi, mereka juga telah berbelanja dengan cukup berhemah pada jendela perpindahan lepas.
“Anda boleh lihat senarai pemain muda seperti Liam Delap, Joao Pedro dan Estevao. Keputusan untuk membeli pemain-pemain muda ini dengan dengan menawarkan kontrak jangka panjang adalah strategi terbaik,” katanya.
Skuad kendalian Enzo Maresca yang masih belum tewas dalam tiga aksi EPL musim ini bakal bertandang ke Stadium Komuniti Gtech menentang Brentford, awal pagi esok. – AGENSI
The post Garnacho mampu akhiri penantian 9 tahun appeared first on Kosmo Digital.