Auto Added by WPeMatico

![]()
KUALA NERUS – Air mata seorang ibu tumpah sewaktu naik ke pentas untuk menerima skrol diploma yang dianggapnya sebagai ‘hadiah terakhir’ daripada arwah anak tersayang yang tidak sempat menamatkan pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Noorzalawati Jaafar, 51, dari Gua Musang, Kelantan, berkata, diploma tersebut bukan hanya sekadar simbol kejayaan akademik malah kenangan abadi terhadap anaknya, Muhammad Aieril Adam Mohd. Abdul Patah, 21, telah pergi buat selama-lamanya.
Dia berkata, arwah anaknya yang mesra dipanggil Aieril merupakan pelajar Diploma Reka Bentuk Perindustrian, meninggal dunia dua minggu sebelum menamatkan pengajian pada 25 Oktober tahun lalu.
“Kenangan bersama arwah sentiasa bermain di fikiran terutama kata-katanya yang sering mengatakan akan meninggal dunia pada hari Jumaat seakan-akan sudah menjangka pemergiannya,” katanya selepas menerima skrol diploma Airel tersebut secara anumerta selepas majlis konvokesyen UniSZA ke-17 di sini, hari ini.
Noorzalawati berkata, dia memandu dua jam setengah dari Gua Musang ke Kuala Nerus sebaik menerima panggilan anaknya berada dalam keadaan tenat akibat kemalangan sewaktu dalam perjalanan menghadiri kuliah daripada pihak Hospital Sultan Zainal Abidin (HoSZA). – KOSMO! ONLINE
The post Diploma ‘hadiah terakhir’ Airel buat ibu appeared first on Kosmo Digital.