Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seorang peniaga mendapat perhatian ramai apabila dia tetap menjaga isterinya yang sakit tenat sambil menjual air balang.
Menerusi satu hantaran di TikTok oleh @Storie, peniaga itu menjelaskan isterinya dahulu seorang yang sihat sebelum tiba-tiba dilanda penyakit, menyebabkannya tidak boleh bercakap dan berjalan seperti biasa lagi.
“Makan pun guna tiub,” ujarnya.
Dia yang juga menghidap sakit buah pinggang tahap lima menegaskan tidak akan meninggalkan isterinya walaupun sedang mengalami sakit yang teruk dan rasa sayangnya bertambah apabila isterinya ditimpa penyakit.
“Kami duduk di tingkat 4, hari-hari saya dukung dia bawa turun. Saya doakan isteri saya sembuh. Tak boleh berjalan pun tak apa. Boleh bercakap pun dah baik,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, anak kepada peniaga tersebut mengaku terpaksa menangguhkan niat untuk menyambung pelajaran bagi membantu ibu bapanya menjana pendapatan.
“Saya nak sambung diploma dan ingin jadi seorang guru, tetapi disebabkan ibu dan ayah saya sakit, saya perlu jaga mereka dahulu,” katanya.
Hantaran tersebut mendapat perhatian daripada Pengerusi Mara, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki.
“Insya-Allah Mara akan cuba bantu,” ujar beliau di ruangan komen.- KOSMO! ONLINE
@storie.my She may change, life may change, but his love remains. #storiemy #malaysia ♬ original sound – Storie
The post [VIDEO] ‘Dia sihat saya sayang, dia sakit lagi saya sayang’ appeared first on Kosmo Digital.