Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Seekor lembu korban mencetuskan kekecohan apabila haiwan itu yang telah disembelih secara sah, tiba-tiba bangun semula dan berjalan ke arah lembu lain yang sedang nazak.
Menerusi video di TikTok milik @Mommysofea, kelihatan lembu berkenaan bertindak menanduk orang sekeliling, sekali gus mengejutkan orang ramai yang berada di lokasi
“Ahli Jawatankuasa (AJK) tu cakap lembu dah disembelih sampai putus urat, cuma mereka buka tali terlalu awal,” kata pemilik akaun tersebut di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkejut dengan kejadian tersebut.
“Saya ada di tempat kejadian kebetulan lembu ni lembu korban saya,” kata Khairul Aizat.
“Kadang-kadang memang dah putus urat tetapi kalau darah dia jenis pekat dan tak lancar keluar, jadi tersumbat, pun boleh sebab dia jadi gagah lagi,” ujar Lala.
“Itu orang cakap kalau nak sembelih, tempat penyembelihan jangan bagi haiwan tengok,” komen @Syafiqah2706. – KOSMO! ONLINE
The post Sudah disembelih bangun semula, siap tanduk orang appeared first on Kosmo Digital.