Auto Added by WPeMatico

PEMAIN naturalisasi negara, Sergio Aguero anggap dirinya sedang diulit mimpi indah selepas berjaya menyerlahkan prestasi luar biasa ketika menentang Manchester United di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Malah, pemain kelahiran Argentina itu merasakan dirinya sedia untuk berikan segala-galanya buat pasukan walaupun lawannya adalah kelab berkelas dunia seperti The Red Devils.
“Tiada apa-apa rahsia, saya cuma dapat keyakinan apabila mengawal bola dan dari situ saya mula yakin dan kekal percayakan diri. Manchester United adalah pasukan hebat dan saya anggap ini adalah detik bersejarah buat diri saya.
“Saya rasa sekarang saya boleh menentang sesiapa saja. Saya dapat rasakan keyakinan,” katanya ketika ditanya apakan pengajaran berguna mampu diraih semasa menentang Manchester United yang dibarisi pemain berkelas dunia.
Aguero juga bertegas agak sukar untuk menggambarkan perasaannya ketika ini dan anggap kemenangan ke atas The Red Devils adalah bonus buat setiap pemain yang ada dalam pasukan.
Ditanya mengenai topik perbualannya bersama bintang kebangsaan Argentina, Alejandro Garnacho, Aguero melabel pemain itu sebagai individu luar biasa.
“Dia bermain untuk skuad kebangsaan Argentina dan dia adalah individu yang cukup bagus, begitu juga dengan Casemiro yang bermain agak lama di Sepanyol namun mereka berdepan keletihan. Namun saya tidak bercakap apa-apa tentang penyertaan saya bersama Harimau Malaya,” katanya.
The post Aguero semakin yakin hadapi lawan appeared first on Kosmo Digital.