Auto Added by WPeMatico
Bekas IT mengaku salah muat naik hantaran jelik titah Sultan Perak

IPOH – Bekas pegawai teknologi maklumat di sebuah agensi media mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran jelik berkaitan titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Facebook, Februari lalu.
Tertuduh, Ariff Zulkarnain Ameer Mohd. Imam, 50, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.
Mengikut pertuduhan, tertuduh pada 25 Februari lalu didakwa menggunakan aplikasi Facebook melalui akaun ‘Ariff Zulkarnain Mohd. Imam’ telah secara sedar membuat dan memulakan satu hantaran.
Hantaran tersebut dilihat di kaunter aduan Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada pukul 5.45 petang, 25 Februari 2025.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233 (3) akta sama.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM5,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan. – KOSMO! ONLINE
The post Bekas IT mengaku salah muat naik hantaran jelik titah Sultan Perak appeared first on Kosmo Digital.