Auto Added by WPeMatico

PETALING JAYA – Skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kekalahan pertama pada musim ini selepas tewas 1-2 kepada Buriram United pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) di Stadium Thunder Castle, sebentar tadi.
Pada perlawanan itu, Harimau Selatan yang terdesak untuk menewaskan seteru ASEAN itu membariskan kesebelasan terbaik dengan jentera serangan dibarisi Jairo Da Silva, Arif Aiman Hanapi, Ager Aketxe dan Joao Figueiredo.
JDT bermula garang apabila Figueiredo seawal minit pertama tetapi dibatalkan Video Bantuan Pengadil (VAR) kerana bola terkena tangannya.
Momentum cemerlang skuad kendalian Xisco Munoz itu diteruskan apabila pemain pertahanan, Antonio Glauder meledak gol pertama hasil situasi set piece untuk menewaskan penjaga gol tuan rumah, Neil Etheridge.
Bersambung pada babak kedua, Buriram menggandakann asakan dan hanya perlukan liuma minit untuk menyamakan kedudukan hasil penyudah Suphanat Muenta.
JDT terus terkedu selepas Buriram mendahului buat kali pertama apabila Robert Zulj menyudahkan peluang terhidang pada minit ke-54 selepas menerima umpanan Suphanat.
Buriram terus menunjukkan belang untuk menambah jaringan tetapi gol ketiga pada minit ke-71 yang disudahkan Guilherme Bissoli dibatalkan kerana ofsaid.
Skuad Harimau Selatan hampir mencuri satu mata dengan pemain gantian Bergson Da Silva memiliki peluang terbaik tetapi percubaannya di penghujung saingan berjaya ditepis Etheridge.
Keputusan 2-1 kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan JDT mengalami kekalahan pertama musim ini dan gagal menewaskan Buriram dalam lima pertemuan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE
The post ACLE: Buriram United calar ego JDT appeared first on Kosmo Digital.