Auto Added by WPeMatico

KUALA TERENGGANU – Seorang suri rumah dan suaminya yang merupakan buruh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan mengabaikan anak lelaki tirinya berusia 22 bulan yang meninggal dunia pada 8 Ogos lalu sehingga mengalami kecederaan fizikal.
Tertuduh, Nor Azila Sharif Ahmad, 30, dan suaminya Mohammad Saiful Ikhwan Abdul Rahman, 27, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua tertuduh sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap kanak-kanak lelaki itu didakwa mengabaikan mangsa sehingga menyebabkan kecederaan fizikal.
Perbuatan tersebut didakwa dilakukan mereka di rumah mereka di Kampung Banggol, Manir, di sini antara Mac hingga 6 Ogos lalu.
Nor Azila dan Mohammad Saiful Ikhwan didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Kosmo! 11 Ogos lalu melaporkan pasangan suami isteri ditahan reman seorang anak bongsu yang dua beradik meninggal dunia sewaktu menerima rawatan di Wad Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini pada 8 Ogos lalu.
Pemeriksaan fizikal pada tubuh mangsa yang dikatakan diserang sawan akibat terjatuh sewaktu memanjat pagar penghadang pintu pada 5 Ogos lalu menemui banyak kesan lebam. – KOSMO! ONLINE
The post Bapa, ibu tiri bayi mati penuh kesan lebam dituduh laku pengabaian appeared first on Kosmo Digital.