Auto Added by WPeMatico

SEPANG – Seramai 80 ulat teksi ditahan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) 1 dan 2 sepanjang tahun ini.
JPJ dalam kenyataan memberitahu, daripada jumlah tangkapan itu, 69 ulat teksi menggunakan kenderaan persendirian, manakala 10 lagi menggunakan kenderaan perkhidmatan awam sementara seorang ditahan tanpa kenderaan.
“Ulat itu dikesan menawarkan perkhidmatan kereta sewa kepada orang awam yang tiba di balai ketibaan KLIA 1 dan KLIA 2.
“Mereka mengenakan caj penghantaran antara RM80 hingga RM150 ke Kuala Lumpur dan sekitarnya.
“Caj itu lebih tinggi berbanding teksi biasa atau limo dengan caj antara RM65 hingga RM80 sahaja,” katanya hari ini.
Menurut kenyataan itu, JPJ Selangor berjaya melucuthak kenderaan ulat kepada kerajaan menerusi Seksyen 227 Akta Pengangkutan Awam
Darat (APAD) 2010.
Menurut jabatan itu, Orang Kena Saman (OKS) juga telah dituduh dibawah Seksyen 205 dan dijatuhkan hukuman di bawah akta yang sama dengan denda sebanyak RM5,000.
JPJ berkata, pihaknya memandang serius kegiatan yang bersifat pentingkan diri dan
mengaut keuntungan secara haram dan akan mengambil tindakan tegas bagi membendung kegiatan ulat terbabit.
“Ia juga merupakan gejala negatif yang boleh merosakkan imej negara dan mendatangkan implikasi kepada ekonomi terutamanya dalam sektor pelancongan dan pengangkutan awam di negara ini,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE
The post Ulat teksi KLIA didenda RM5,000 appeared first on Kosmo Digital.