Auto Added by WPeMatico
TKM I keluar dari pejabat SPRM selepas 6 jam beri keterangan

![]()
GEORGE TOWN – Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid dilihat meninggalkan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 4.11 petang tadi selepas hadir memberi keterangan kira-kira enam jam, hari ini.
Beliau yang merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) dibawa keluar dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 berwarna putih, kereta sama yang dinaikinya pagi tadi.
Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan SPRM negeri telah memanggil 63 individu berhubung salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah dan juga menyalahgunakan dana wang zakat untuk bayaran baki pinjaman perumahan.
Mereka yang dipanggil untuk diambil keterangan hari ini, termasuklah Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
Menurut sumber, SPRM turut mempergiatkan siasatan yang dimulakan pada pertengahan Januari lalu dengan membuat semakan akaun disyaki terbabit rasuah.
Katanya, antara individu yang dipanggil untuk dirakam keterangan ialah Ahli Majlis Agama Islam Negeri, Mufti, Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan, Penasihat undang-undang, pegawai serta kakitangan Ahli Majlis Agama Islam Negeri.
Turut dipanggil ialah Ahli Lembaga Zakat, serta pegawai dan kakitangan zakat negeri.
Januari lalu, SPRM Pulau Pinang telah membuka kertas siasatan berhubung salah guna kuasa membabitkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri dalam urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.
Ia susulan pendedahan yang dilakukan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dalam persidangan negeri hujung tahun lalu. -KOSMO! ONLINE
The post TKM I keluar dari pejabat SPRM selepas 6 jam beri keterangan appeared first on Kosmo Digital.
