Auto Added by WPeMatico
PRN17 Sabah: GRS umum tanding 55 kerusi DUN

![]()
KOTA KINABALU – Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meletakkan calon di 55 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah.
Bagaimanapun, pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor memaklumkan hanya 51 calon yang di umumkan secara rasmi pada Rabu manakala empat lagi calon dijangka diumumkan esok.
Hajiji berkata demikian ketika berucap pada majlis pengumuman calon GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) hari ini.
Dalam pada itu Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah menggesa semua pihak memperkukuh semangat perjuangan bagi memastikan kemenangan gabungan tersebut.
“Ini penting untuk kesinambungan pentadbiran kerajaan negeri. Sebanyak 33 peratus calon yang diumumkan adalah muka baharu. Insyahallah jika kita bersatu hati atas nama GRS, kita akan menjadi kerajaan semula selepas PRN17. Oleh itu, saya berharap semua menerima calon-calon ini dengan hati terbuka atas nama GRS,” katanya.
Terdahulu, GRS terdiri daripada enam parti komponen iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Harapan Rakyat Sabah (PHRS), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Bersatu Sabah (PBS) serta Parti Cinta Sabah (PCS).
GRS dan PH bekerjasama dalam PRN17 dengan PKR bertanding di 10 kerusi, DAP (lapan kerusi), manakala Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka satu kerusi.
Bagaimanapun, satu lagi parti komponen PH iaitu Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) mengumumkan keluar daripada gabungan tersebut pada Isnin lalu.- KOSMO! ONLINE
The post PRN17 Sabah: GRS umum tanding 55 kerusi DUN appeared first on Kosmo Digital.