Auto Added by WPeMatico

JAKARTA – Seorang pekerja kurier di Indonesia terkejut dan geram kerana terpaksa menghantar ‘bungkusan’ berupa seekor anak kambing hidup kepada pelanggan, lapor portal berita Lambe Turah.
Kejadian berlaku di Serang, wilayah Banten baru-baru ini.
Rakaman video dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @mongabay.id menunjukkan anak kambing itu berdiri di hadapan bungkusan-bungkusan yang lain.
Lebih aneh apabila haiwan itu tiba tanpa sebarang kotak atau perlindungan khas seperti sangkar.
Badan haiwan itu hanya ditampal dengan nota penghantaran.
Rakaman itu menjadi tular dan menimbulkan pelbagai reaksi netizen.
“Lebih kelakar apabila nota itu tulis berat ‘parcel’ 500 gram,” kata seorang pengguna media sosial. – AGENSI
The post 500 gram konon, ‘rider’ geram kena hantar anak kambing appeared first on Kosmo Digital.