Auto Added by WPeMatico

LONDON – Seorang wanita di Britain mendedahkan bahawa dia menerima lamaran kekasihnya untuk berkahwin selepas menolaknya sebanyak 42 kali dalam tempoh tujun tahun, lapor stesen penyiaran NDTV semalam.
Sarah Wintrip, 38, menerima lamaran kekasihnya dikenali sebagai Luke pada percubaan kali ke-43. Mereka akhirnya mendirikan rumah tangga pada 17 Mei lalu.
Sarah dilamar Luke kali pertama selepas enam bulan mereka menjalinkan hubungan pada 2018, namun ditolak akibat perpisahan dengan kekasih lama serta bimbang akan nasib tiga anak perempuannya.
“Saya menyukai Luke tetapi saya tidak mahu mengatakan ‘ya’ kepada sesuatu yang tidak pasti.
“Saya mahu memastikan perkara itu dengan anak-anak selain yakin bahawa tindakan saya adalah betul,” kata Sarah.
Meskipun ditolak beberapa kali, Luke tidak pernah berputus asa untuk melamar Sarah dengan cara yang romantik termasuk menyewa sebuah katil di Prague, makan malam mewah dan menunggang kuda di pantai Jamaica.
Lamaran Luke akhirnya diterima selepas dia membawa Sarah ke Greenwich yang merupakan Balai Cerap Diraja untuk mengukur masa.
“Semasa dilamar, Luke berkata ‘ini adalah pusat dunia dan awak adalah pusat dunia saya. Saya mahu awak berkahwin dengan saya’.
“Saya rasa dia seharusnya mendapat pengiktirafan Guinness World Record. Saya bersyukur kerana dia mampu bertahan begitu lama,” tambah Sarah. – AGENSI
The post Jenuh! 43 kali lamar baru diterima appeared first on Kosmo Digital.