Auto Added by WPeMatico

KUALA LUMPUR – Sekurang-kurangnya lima individu terlibat dalam kes tembak membabitkan sekumpulan lelaki di sebuah pusat beli-belah di Jalan Loke Yew, Cheras, di sini.
Dalam kejadian itu, dua individu dipercayai maut akibat ditembak dari jarak dekat di hadapan pusat beli-belah berkenaan.
Tinjauan Kosmo! di lokasi mendapati sebuah kenderaan yang berada di kawasan tersebut turut mengalami kerosakan pada cermin hadapan dan bonet ekoran daripada tembakan yang dilepaskan suspek.
Menurut seorang saksi yang enggan dikenali, kejadian dipercayai berlaku antara pukul 11 hingga 12 tengah malam.
“Saya nampak empat individu keluar daripada sebuah kereta manakala seorang lagi dipercayai pemandu berada di dalam kenderaan.
“Keempat-empat individu itu pegang senjata (pistol),” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.
Terdahulu, tular beberapa video dan rakaman kameran papan pemuka (dashcam) di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bertopeng melepaskan tembakan ke arah mangsa di hadapan pusat beli-belah itu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid mengesahkan kejadian tersebut ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, kenyataan media berhubung kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE
The post 4 senjata digunakan suspek, dua das tembakan terkena kereta appeared first on Kosmo Digital.