Auto Added by WPeMatico

NARATHIWAT, THAILAND – Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail bersama suami dan empat rakan dibebaskan sepenuhnya dari tahanan Penjara Pusat Wilayah Narathiwat di sini hari ini.
Pembebasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam hari ini.
Difahamkan, mahkamah ketika ini sedang menguruskan surat pembebasan semua mereka, sebelum diserahkan kepada pihak penjara.
Setakat pukul 1.10 tengah hari waktu tempatan, beberapa pegawai imigresen sudah berada di penjara untuk mengiringi mereka ke sempadan Sungai Golok.
Kosmo! sebelum ini melaporkan, Eda Ezrin, suaminya, Mohd. Affendi Ahmad, 35, bersama, Eridieka Mohd. Noor, 33, Mohamad Alif Deraman, 33, Nur Aida Mamat, 33, dan Zuhaira Nasrin, 26, dibebaskan daripada pertuduhan memiliki 6,059 biji pil kuda oleh Mahkamah Narathiwat di sini, perlu kembali semula ke penjara.
Kesemua mereka perlu kembali ke Penjara Wilayah Narathiwat bagi membolehkan pihak pendakwaan memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dalam tempoh sebulan hingga empat bulan. – KOSMO! ONLINE
The post Eda Ezrin, suami dan 4 rakan dibebaskan sepenuhnya hari ini appeared first on Kosmo Digital.