Auto Added by WPeMatico

![]()
LONDON – Seorang pakar kebersihan di Britain terkejut apabila menemui timbunan sampah termasuk lebih 3,000 botol minuman Pepsi kosong di dalam sebuah bilik yang ditinggalkan oleh seorang penyewa, lapor akhbar The Sun UK.
Penyewa berusia 35 tahun itu meninggalkan beribu-ribu botol kosong yang dianggarkan bernilai sekitar £6,000 (RM31,669) selepas berpindah dari flat di selatan Cheshire.
Penemuan mengejutkan itu dibuat apabila pakar berkenaan, Iain Watson dipanggil untuk membersihkan bilik selepas pihak berkuasa memindahkan penyewa ke tempat penginapan sementara.
Imej dimuat naik di media sosial menunjukkan setiap sudut dibanjiri sampah yang hampir mencecah siling termasuk makanan sudah busuk di dalam peti sejuk.
Watson dari Specialist Cleaning Services berkata, ia mengambil masa lebih tiga hari untuk membersihkan unit tersebut.
“Pasukan kami yang terdiri daripada tiga orang terpaksa bekerja dari 8.30 pagi (waktu tempatan) hingga 6 petang setiap hari. Kami mengisi lebih 140 beg plastik dengan botol serta tin Pepsi kosong.
“Penyewa itu tidak mengitar semula dan tidak membuang apa-apa ke dalam tong sampah. Dia juga tidak memasak dan hanya makan pai berdasarkan apa yang kami temukan.
“Unit itu tidak mempunyai elektrik, menyebabkan semua makanan telah rosak dalam peti sejuk. Disebabkan terlalu banyak botol kosong, ia sebenarnya agak ringan tetapi kami terkejut dengan jumlah botol Pepsi yang ditemukan,” kata Watson. – AGENSI
The post Penyewa tinggalkan lebih 3,000 botol Pepsi kosong appeared first on Kosmo Digital.
