Auto Added by WPeMatico

![]()
LANGKAWI – Seorang lelaki cedera ringan manakala 27 ekor kucing miliknya mati apabila sebuah rumah di Kampung Padang Gaong, di sini terbakar pagi tadi.
Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai insiden tersebut pada pukul 8.47 pagi tadi.
“Kebakaran dianggarkan telah memusnahkan ruang tamu, kira-kira 55 peratus daripada keseluruhan struktur bangunan. Seorang lelaki berumur lingkungan 40-an didapati mengalami kecederaan melecur di bahagian muka dan dada sebanyak 30 peratus,” katanya di sini hari ini.
Jelasnya, mangsa diberikan rawatan awal oleh pasukan bomba Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha untuk rawatan lanjut.
Kebakaran berjaya dikawal pada 9.58 pagi dan operasi pemadaman dihentikan sepenuhnya pada pukul 10.52 pagi. – KOSMO! ONLINE
The post 27 ekor kucing mati dalam kebakaran rumah appeared first on Kosmo Digital.
