Auto Added by WPeMatico
Kawalan tenaga bangunan kerajaan diperketat, suhu minimum 24 Celsius

![]()
PUTRAJAYA- Kawalan penggunaan tenaga di bangunan kerajaan akan terus diperketatkan dengan suhu penghawa dingin ditetapkan pada minimum 24 darjah Celsius.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, tindakan itu merupakan antara langkah proaktif dilaksanakan dalam menghadapi krisis tenaga global.
“Penjawat awam digalakkan memakai pakaian yang lebih sesuai dengan iklim tempatan seperti batik, kemeja korporat atau baju Melayu bagi mengurangkan kebergantungan kepada penyejukan berlebihan,” katanya pada taklimat khas di sini tadi.
Katanya, langkah itu mencerminkan komitmen kerajaan untuk memimpin melalui teladan dalam penggunaan tenaga secara berhemah. – KOSMO! ONLINE
The post Kawalan tenaga bangunan kerajaan diperketat, suhu minimum 24 Celsius appeared first on Kosmo Digital.
